Friday, February 15, 2008

Quotes

If you are ever going to see a rainbow, you have got to stand a little rain...
-unknown-

Wednesday, February 13, 2008

Thoughts

I'd rather share the only thing that I have, cause I can't bear loosing everything else then...

-misseja-

Kewajipan Isteri

Apabila suami sebagai ketua di dalam rumahtangga, maka isteri itu timbalannya yang mempunyai tugas dan tanggungjawab tertentu. Di antara tanggungjawab isteri ialah:

1. Bergaul dengan suami secara baik. Menurut ulama Mazhab As-Shafie, wajib bagi isteri menggauli suaminya dengan baik.

2. Mengendalikan kerja-kerja rumah. Menurut riwayat Janzani, Rasulullah s.a.w menentukan kewajipan anaknya Fatimah mengurus rumah dan Ali mengurus kerja-kerja di luar rumah. (AI Mar'ah fi Tasawwuri Islam, m.s 105, oleh Abdul Muta'al AI Jibry).

3. Berhias untuk suami. Isteri hendaklah sentiasa berada di hadapan suami dalam keadaan menarik dan kemas. Dengan itu suami menjadi terhibur ketika di sampingnya. Tugas ini tidak dapat dilaksanakan dengan baik oleh isteri kecuali mereka yang faham dan benar-benar prihatin.

4. Pujuk memujuk adalah penting dalam kehidupan rumahtangga. Ibn al-Aswad AI-Dualy berkata kepada isterinya:

'Apabila kamu melihat aku marah, tenangkanlah aku. Apabila aku melihat kamu marah, aku pula menenangkan kamu. Jika tidak janganlah kita bersama-sama. '

5. Isteri hendaklah taat kepada suami. Di dalam sesuatu tindakan, jangan sekali-kali membelakangkan suami, kerana dia ketua rumah-tangga. Jika hendak keluar rumah mestilah mendapat izin dari suami terlebih dahulu. Isteri pula hendaklah memahami tugas dan kewajipan suami di luar. Sekiranya ke@a itu untuk Allah S.W.T. dan RasuINya, ia mestilah menyokongnya, memberi galakan dan semangat dan menasihatinya supaya tidak berputus asa.

6. Wanita hendaklah sentiasa menjaga kehormatan diri dan nama suami. Wanita yang menjaga kehormatannya dianggap oleh Rasulullah S.A.W. sebagai wanita yang baik dan patut menjadi ukuran bagi lelaki yang hendak memilih isteri.

Inilah di antara kewajipan isteri terhadap suami. Apabila setiap pihak menunaikan tanggungjawab, akan berkembanglah mawaddah atau kasih sayang. Batas-batas dan tanggungjawab suami isteri ini ditetapkan oleh Islam sebagai peraturaif yang bertujuan mengukuhkan kehidupan dan hidup di dalam suasana ibadah kepada Allah S.WT. Rumahtangga akan hancur jika sekiranya setiap pihak mengabaikan tanggung-jawabnya. Dengan mengamalkan prinsip agama dengan betul, akan wujudlah keluarga bahagia yang merupakan tahap pertama pembentukan masyarakat Islam.


Dipetik dari laman web www.islam.gov.my

Dari sudut pandanganku:
Yang paling penting bagi seorang isteri adalah MENJAGA MARUAH SUAMINYA. Maruah suami adalah umpama maruah agama. Jika isteri gagal menjaga maruah suami dan dirinya sendiri, ianya umpama menceroboh kehormatan suaminya kerana suami itu bertanggungjawab sepenuhnya ke atas tindak-tanduk dan perilaku isteri. Disamping itu, suami juga bertanggungjawab untuk mendidik isteri dengan agama yang benar...

Seperti apa yang disebut ketika diijabkabulkan suatu ketika dahulu..."aku terima nikahnya....dengan mas kahwin sebanyak......tunai"

Bagi mereka yang benar-benar memahami tersiratnya kata-kata itu, tahulah mereka betapa besarnya tanggungjawab yang harus dipikul suami...apakah mas kahwin yang sebenar-benarnya? bagaimanakah menunaikan tanggungjawab itu?

Jadi untuk para isteri, bantulah suamimu untuk membantumu kelak...

MONEY MAKING OPPORTUNITIES FROM TOP INTERNET MARKETERS

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails